PENGELOLA Liga Malaysia (Liga M), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) terkejut dengan keputusan Felda United selepas mengumumkan penarikan diri daripada kancah saingan liga tempatan musim depan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab. Ghani Hassan berkata, pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada Felda United dan meĀnuntut pasukan tersebut tidak terburu-buru dalam membuat keputusan.
Ab. Ghani mengakui tindakan itu satu kerugian besar dalam arena bola sepak negara selepas 13 tahun Felda United beraksi dalam kancah Liga M.
āKita baru sahaja menerima berita mengenai penarikan diri Felda United dalam saiĀngan Liga M. Jika boleh mereka perluĀ memikirkan kembali tentang keputusan yang mereka putuskan.
āKeputusan mereka lakukan itu melibatkan warga dan peminat Felda. Ini kerana, paĀsukan itu bersaing hebat dalam saingan Liga Super dan mampu mengatasi pasukan gergasi taĀnah air.
āBagi saya, ia satu kerugian besar kepada arena bola sepak negara,ā kata Ab. Ghani ketika ditemui di pejabat MFL di PeĀtaling Jaya semalam.
Dalam pada itu, Ab. Ghani menjelaskan, MFL akan meĀnunggu surat rasmi daripada Felda United sebelum mengemukan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.
āMFL akan mengambil langkah dan buat persiapan terĀtentu untuk mengisi kekosoĀngan yang ditinggalkan Felda United selepas ini.
āSeperti yang saya katakan tadi, masa masih ada untuk mereka memikirkan semula. Buat masa ini kita belum meĀnerima kenyataan rasmi penarikan diri Felda United. MFL juga akan melakukan tindakan menerusi perbincangan di peĀringkat tertinggi,ā ujarnya.
















