fbpx

Simpan emas satu gram setiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Nilai emas yang tidak pernah menyusut sebelum ini telah menjadikan ia sebagai satu aset kewangan paling stabil selain sifatnya yang mudah dicairkan apabila perlu.

Komoditi bernilai itu boleh digunakan sebagai ‘duit antarabangsa’ sejak berzaman dahulu dan ia boleh diniagakan melepasi mana-mana sempadan negara.

Juruperuding emas Public Gold, Ahmad Faiz Wajdi Abdul Wahab berkata, satu lagi keunikan emas ialah ia boleh dijadikan simpanan yang mudah dimiliki walaupun de­ngan modal yang rendah.

“Dengan modal serendah RM100, seorang individu itu boleh menyimpan menerusi Akaun Emas yang ditawarkan Public Gold menerusi konsep simpanan sedikit demi sedikit selain transaksinya berpandukan kepada patuh syariah.

“Kita boleh disiplinkan diri dengan menyimpan satu gram (gm) setiap bulan dan dalam tempoh setahun sudah ada 12 gm emas dalam simpanan.

“Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuklah dalam kalangan pelajar kolej dan universiti,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini

Sebagai juruperunding di Public Gold, Ahmad Faiz giat aktif mendidik masyarakat tentang kelebihan membuat simpanan emas mengikut cara yang betul.

k“Harga satu gm emas fizikal pada September tahun lalu ialah kira-kira RM201 manakala ketika ini emas yang sama nilainya meningkat sekitar RM280 gm.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI