fbpx

Jerung putih gergasi diiktiraf Ratu Lautan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

OTTAWA – Seekor jerung putih sepanjang lima meter dengan berat 1.58 tan diiktiraf sebagai Ratu Lautan selepas ikan pemangsa itu berjaya ditangkap pada Jumaat lalu, menurut laporan McClatchy News.

Jerung putih gergasi itu ditemui oleh sekumpulan penyelidik OCEARCH di kawasan barat laut Nova Scotia, sebuah daerah di timur Kanada.

Ketua ekspedisi, Chris Fischer berkata, hidupan marin itu dianggarkan berusia lebih 50 tahun dan merupakan jerung putih terbesar yang pernah ditangkap oleh sesebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.

“Melihat kepada beberapa kesan luka yang sudah sembuh pada badannya, ini membuktikan jerung ini layak digelar Ratu Lautan yang sudah mengharungi satu tempoh kehidupan panjang.

“Kami berasa kagum kerana berpeluang berdiri di sebelah jerung sebesar ini,” katanya.

OCEARH menamakan jerung itu sebagai Nukumi diambil sempena nama satu watak penting dalam kepercayaan masyarakat Orang Asli Amerika Syarikat iaitu Mi’kmaq.

Beberapa sampel termasuk darah, kulit, gigi, najis dan otot jerung itu diambil bagi membantu menjayakan kira-kira 21 jenis pen­yelidikan berkait jerung putih.

Badan Nukumi dima­sukkan dengan tiga alat pengesan termasuk peralatan rakaman untuk mengumpul data selaman di laut terbuka dan alat pengesan lokasi. Jerung itu kemudiannya dilepaskan semula. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI