fbpx

122 sekolah kawasan PKPB ditutup esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Sebanyak 122 sekolah harian di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah akan ditutup bermula esok.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan akhbar berkata, penutupan tersebut melibatkan 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta.

Menurutnya, perkara tersebut susulan pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan mengambil maklum keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk melaksanakan PKPB di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan berkuatkuasa 12.01 tengah malam Rabu ini.

“KPM menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak Covid-19.

“Dalam hal ini, KPM sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah adalah terpelihara,” katanya hari ini.

Menerusi kenyataan akhbar Ismail Sabri hari ini, beliau memaklumkan PKPB akan dilaksanakan di kawasan tersebut.

Beliau dilaporkan berkata, pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah dilarang dan hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI