fbpx

UTHM lancar pesawat latihan akademi penerbangan, dron pertanian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (kiri) menaiki pesawat latihan Diamond DA40 NG sambil diperrhatikan Wahid pada Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di Terminal Penerbangan Bisnes Senai, Kulai hari ini. -Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melancarkan Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di Terminal Penerbangan Bisnes Senai di sini hari ini.

Naib Canselor UTHM, Prof. Datuk Dr. Wahid Razzaly berkata, pesawat latihan Diamond DA40 NG (pesawat satu enjin) dan DA 42 (pesawat dua enjin) merupakan pesawat milik Asia Aeronautical Training Academy (AATA), akademi milik UTHM serta ATAS Aeronautik Sdn. Bhd.

Menurutnya, pesawat generasi baharu itu dilengkapi teknologi moden dan terkini serta mempunyai empat tempat duduk merupakan pesawat keluaran negara Austria.

“Dua buah pesawat ini akan digunakan sepenuhnya untuk melatih 40 kadet juruterbang yang sedang mengikuti latihan pelesenan di AATA.

“Latihan secara rasminya sudah bermula pada awal September lalu dan setiap kadet juruterbang dikehendaki melengkapkan hampir 200 jam penerbangan menggunakan pesawat berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesawat Latihan Akademi Penerbangan dan Dron Pertanian Pinexri-20 di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis ialah wakil rasmi Menteri Pengajian Tinggi iaitu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) Kementerian Pengajian Tinggi, Rosli Yaakub.

Pada majlis itu juga, UTHM turut melancarkan dron pertanian yang dihasilkan penyelidik UTHM dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Wahid berkata, dron yang dikenali sebagai Pinexri-20 itu merupakan dron yang baka digunakan untuk menyemai baja di ladang-ladang nanas tanpa pengemudi dikenali sebagai Pinexri-20.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI