fbpx

Taman Tasik Seremban dijenamakan semula, aktiviti rekreasi air tarikan terbaharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Datuk Zazali Salehudin(dua dari kiri, baju biru) bergambar sempena hari pertama pembuka Taman Rekreasi Air di Taman Tasik Seremban.

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menjenamakan semula Taman Tasik Seremban dengan menyediakan kemudahan aktiviti rekreasi air sebagai tarikan terbaharu kepada pengunjung.

Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin berkata, aktiviti rekreasi air itu merupakan inisiatif pihak MBS untuk menjenamakan dan menghidupkan semula Taman Tasik Seremban yang disenaraikan sebagai salah satu produk pelancongan Negeri Sembilan.

“Selain bersenam atau beriadah, orang ramai boleh meluangkan masa bersama keluarga mencuba aktiviti air seperti menaiki bot, mengayuh bot basikal atau berkayak di Taman Rekreasi Air Seremban di taman tasik ini.

“Pihak MBS memang berhasrat menghidupkan semula Taman Tasik Seremban melalui pelbagai aktiviti dan kemudahan terbaharu seperti aktiviti rekreasi air dan persembahan artis pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui di Taman Tasik Seremban di sini.

Aktiviti rekreasi air di Taman Tasik Seremban mula dibuka kepada orang ramai bermula semalam dengan waktu operasi dari pukul 2 petang hingga 7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu bermula pukul 9 pagi hingga 7 malam.

Sempena promosi pembukaan, pihak penganjur menawarkan diskaun 50 peratus bagi semua permainan air selama 20 minit bermula semalam hingga 3 November 2020.

Menurut Zazali, sambutan yang diterima pada hari pertama pembukaan aktiviti rekreasi air tersebut sangat menggalakkan dan kita menyasarkan pertambahan bilangan pengunjung walaupun negara masih berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pihak kami sentiasa mangamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) walaupun dalam keadaan Covid-19 ini kerana keselamatan merupakan perkara yang diberi keutamaan.

“Justeru, pengunjung tidak perlu risau atau was-was yang penting kita bekerjasama mengamalkan SOP dan memakai pelitup muka,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI