fbpx

PKPDB di Penjara Alor Setar, Kedah selama 14 hari mulai tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Penjara Alor Setar, Kedah selama 14 hari bermula tengah malam ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan arahan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan penjara berkenaan.

Beliau berkata, arahan itu PKPDB itu turut termasuk kuarters kakitangan Penjara Alor Setar.

“Pelaksanaan arahan itu berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI