Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Sejak penularan Covid-19 di Malaysia awal tahun ini, majoriti rakyat Malaysia terkesan dari segi pendapatan sama ada kehilangan kerja atau gaji mereka dipotong majikan.
Perkara itu turut dialami pramugari, Lina Itzmira Heman, 32, yang turut terkena tempiasnya dengan melakukan dua kerja secara sambilan bagi meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas graduan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadikan bidang pengacaraan dan vloggers sebagai bidang baharu dalam mengetengahkan lagi bakat terpendamnya selama ini.
Ikuti kisah gadis ini bagaimana beliau mengharungi pahit jeÂrih kehidupannya ketika zaman pandemik ini demi sesuap nasi.

ke awan biru selain ingin membalas jasa ibu
bapa.
Kosmo! Ahad: MeÂngapa pilih kerjaya praÂmugari sebagai sumber rezeki?
Lina: Kerana dapat terbang di awan biru selain mahu membalas jasa ibu bapa dengan memberikan tiket penerbaÂngan percuma kepada mereka.
Apakah cabaran sepanjang menjadi pramugari?
Menerangkan kepada penumÂpang apabila berlakunya penundaan terhadap jadual peÂnerbangan, juga mengawal dan mententeramkan emosi penumÂpang.
Selain itu?
Seorang yang bekerja dalam bidang penerbangan ini perlu menepati masa, bagi memastikan operasi penerbangan dapat berjalan lancar serta jadual peÂnerbangan tidak tertunda.
Adakah kerjaya anda terkesan dengan pandemik CoÂvid-19?
Ya kerana orang sudah tiÂdak menaiki pesawat dan menÂjeÂjaskan pendapatan syarikat.
Bagaimana anda meneruskan kelangsungan hidup?
Saya mengambil keputusan membuat blog video (vlog) bagi menjana pendapatan saya deÂngan kelengkapan seperti kaÂmeÂra dibeli oleh bapa saya.
Apa jenis vlog yang anda buat?
Vlog yang saya buat adalah vlog lebih kepada mempromosikan kedai atau restoran makanan terutama pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan yang kehilangan kerja. Saya hendak bantu mereka yang kehilangan sebahagian besar pendapatan seperti saya.
Bagaimana penerimaan neÂtizen terhadap video anda?
Alhamdulillah, saya mendapat reaksi positif dan telah menerbitkan enam video di saluran YouTube saya, Lina Itzmira.
Apa lagi yang anda lakukan selain menjadi vloggers?
Saya menjadi pengacara pada setiap hujung minggu bagi portal perniagaan, JomShopping sejak bulan Julai dengan mempromosikan produk dijual oleh syarikat tersebut.
Apa rahsia Lina untuk keÂkal cergas meÂlakukan semua kerja ini?
Saya mengÂaÂmalÂkan intermitÂtent fasting (tiÂÂdak makan daÂÂlam tempoh yang lama) selama 16 jam sehari dan tidak keÂrap meÂngambil makanan maÂnis.
Sekiranya tiada jaÂdual penerbangan melibatkan saya, berjoging menjadi amalan saya.
Apa nasihat Lina kepada mereka yang kehilangan kerja ketika ini?
Apapun yang meÂnimpa, jangan putus asa. Peluang tidak akan selalu datang kepada kita tetapi sebaliknya kita yang perlu mencari peÂluang itu.














