fbpx

Cawangan OCBC terus dibuka pada hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – OCBC Bank (Malaysia) Bhd. (OCBC Bank) akan terus membuka sebahagian daripada cawangannya pada Sabtu dan Ahad sepanjang bulan ini bagi memberi kemudahan kepada pelanggan yang memerlukan bantuan bayaran balik pembiayaan.

Cawangan OCBC di Cheras, Kajang, Kepong, Klang, Petaling Jaya, Puchong dan Subang Jaya akan dibuka dari pukul 10 pagi sehingga 4 petang pada Sabtu, manakala cawangan Melaka and Taman Molek dibuka bermula pukul 10 pagi sehingga 4 petang pada Sabtu dan Ahad.

Pelanggan OCBC Al-Amin Bank Bhd. juga boleh mengunjungi cawangan tersebut bagi membincangkan pilihan soko­ngan kewangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank, Datuk Ong Eng Bin berkata, pihaknya sedar akan keperluan membuka cawangan pada hari minggu untuk memudahkan golongan memerlukan memohon bantuan kewangan pasca tempoh moratorium automatik.

“Pelanggan yang masih memerlukan sokongan pasca moratorium dialu-alukan untuk hadir ke cawangan ini pada hari minggu selain boleh memohon menerusi online atau telefon,” katanya menerusi siaran akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI