fbpx

Tiga tahun jalankan aktiviti rope swing tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! 1 Oktober 2020.

KUALA LUMPUR – Pengusaha sukan lasak terjunan buai atau rope swing di Kuala Kubu Bharu, Selangor dilaporkan beroperasi secara tidak sah sejak 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pemeriksaan mendapati Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan permit kepada pemilik sukan lasak itu.

“Pemiliknya pernah diberi teguran oleh polis supaya menghentikan operasi sukan lasak itu sebelum ini, namun tidak meng­endahkannya dan beroperasi seperti biasa.

“Ekoran kejadian pada 27 September lalu, MDHS telah mengeluarkan notis supaya menghentikan operasi dan mengosongkan kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Artikel berkaitan : Gadis terhempas ketika rope swing

Kosmo! kelmarin melaporkan Siti Halijah Abd. Rahim perlu menjalani pembedahan tulang belakang akibat terhempas semasa melakukan aktiviti hayunan tinggi di lokasi berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku selepas petugas terlepas tali ke­selamatan menyebabkan mang­sa terjatuh atas batu.

Beliau berkata, semua aktiviti sukan lasak di kawasan itu dibenarkan beroperasi semula selepas pihak berkuasa tempatan mengkaji dan meluluskan peraturan berkaitan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI