fbpx
Sebahagian daripada lima individu dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya semalam untuk mendapat perintah tahanan reman.

SPRM siasat Datuk Seri, Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes peni­puan sindiket Macau Scam di negara ini.

Difahamkan, salah seorang daripada mereka sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air selain menjalani kehidupan serba mewah.

Menurut sumber, Datuk Seri dan isterinya juga dipercayai se­ring berparti bersama beberapa selebriti popular.

Pasangan itu juga tidak segan silu mempamerkan kehidupan mewahnya di media sosial.

Katanya, Datuk Seri itu dipercayai seorang tauke judi online serta terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Wang hasil kegiatan haram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya.

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber itu semalam.

Terdahulu, kelima-lima individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini semalam untuk mendapatkan pe­rintah tahanan reman.

Kelima-lima suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tiba di mahkamah ber­kenaan pada pukul 3 petang semalam dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren.

Butiran mengenai tempoh reman kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak dikongsi oleh pihak SPRM walaupun pihak media menunggu hampir lima jam di luar mahkamah tersebut.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan membawa kesemua lima suspek bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Usaha Kosmo! untuk mendapatkan komen berhubung kes tersebut daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki juga tidak berjaya.-K! ONLINE