fbpx

Penuhi impian ayah jadi hafizah al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Norzulaika tidak dapat menahan sebak semasa dikunjungi pihak Lembaga Zakat Selangor semalam.

SHAH ALAM – Anak perempuan ahli jawatankuasa surau Apartmen Sri Ixora, Seksyen 27 di sini yang meninggal dunia ketika melaungkan azan kelmarin berazam bergelar hafizah al-Quran bagi memenuhi impian arwah ba­pa­nya.

Siti Norzulaika Rosliman, 18, berkata, arwah bapanya, Rosliman Osman, 60, memang mahukan salah seorang daripada 10 anaknya menghafaz kitab suci itu.

Anak kelapan itu mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah di Temerloh, Pahang.

“Saya pernah menduduki te­muduga secara online bagi me­ngikuti pengajian di Darul Quran Kuala Kubu Bharu pada Mac lalu, tetapi tidak berjaya.

“Saya berazam mahu mencuba lagi pada tahun hadapan ke­rana temu duga memasuki Darul Quran dibuat hanya sekali setahun. Mendalami ilmu al-Quran bukan impian ayah semata-mata, tapi saya juga,” katanya ketika di­temui di rumahnya semalam.

Artikel berkaitan : Tatap wajah isteri sebelum pergi

Sementara itu, Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS), Abdul Basith Hamid berkata, mengikut keterangan abang Siti Norzulaika, Mohd.Iddham, 30, adiknya gagal temu duga itu disebabkan terdapat gangguan pada sistem telekomunikasi.

Anak arwah Rosliman, Mohd. Iddham (dua dari kanan) menerima bantuan daripada Abdul Basith semasa lawatan Lembaga Zakat Selangor ke kediaman arwah di Shah Alam semalam.

“Pihak LZS akan berhubung dengan Darul Quran Kuala Kubu Bharu bagi mendapatkan tempat untuk Norzulaika menduduki ujian atau penilaian.

“Siasatan mendapati keluarga arwah Rosliman layak menerima bantuan sebagai asnaf termasuk sewa rumah sebanyak RM800 sebulan serta keperluan pendidikan dua anaknya yang masih belajar,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan me­nyalurkan bantuan segera ber­jumlah RM500 bagi meri­ngankan beban keluarga arwah Rosliman.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI