fbpx

Jet F-35B, KC-130J berlanggar di udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sebuah jet tempur F-35B. – AFP

THERMAL, California – Sebuah jet pejuang ‘halimunan’ F-35B terhempas, manakala pesawat pengisi bahan api Lockheed Martin KC-130J terpaksa mendarat cemas selepas berlanggar di udara, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Nahas berlaku semasa KC-130J mengisi bahan api pada jet F-35B di sini Selasa lepas sebelum melanggarnya.

Pelanggaran itu menyebabkan jet F-35B berharga AS$100 juta (RM414 juta) sebuah itu terhempas dekat sebuah tasik dikenali sebagai Laut Salton tetapi juruterbangnya sempat mengaktifkan kerusi anjal dan mendarat menggunakan payung terjun.

Pesawat KC-130J itu pula mendarat cemas di sebuah ladang di sini.

 

PESAWAT KC-130J selamat melakukan pendaratan kecemasan di sebuah ladang di Thermal pada Selasa lalu. – Facebook

 

Seramai lapan kru KC-130J itu dilaporkan selamat, manakala juruterbang F-35B dirawat di sebuah hospital akibat kecederaan.

Satu rakaman audio dikongsi LiveATC mendedahkan perbualan juruterbang KC-130J dengan Menara Kawalan Trafik Udara Los Angeles. Juruterbang tersebut meminta kebenaran untuk membuat pendaratan cemas.

Juruterbang KC-130J menyatakan, dua ‘enjin pesawatnya gagal berfungsi, ada kebocoran bahan api dan mungkin kebakaran berlaku’.

Kor Marin Amerika Syarikat (USMC) mengesahkan insiden berlaku semasa proses pengisian bahan api di udara.

“Kemalangan berlaku sekitar pukul 4 petang (waktu tempatan). Juruterbang F-35B berjaya menggunakan kerusi anjal dan kini dirawat,” demikian menurut kenyataan USMC.

“Semua kru KC-130J dilapor­kan selamat, satu siasatan sedang dilakukan,” tambahnya.

Sebuah helikopter Blackhawk dihantar ke kawasan nahas untuk mencari mangsa-mangsa selamat, demikian menurut satu laporan.

Jet tempur Lockheed Martin F-35 Lightning II buatan Amerika Syarikat terbahagi kepada tiga varian yang digunakan tentera AS iaitu F-35A (Tentera Udara AS), F-35B (USMC) dan F-35C (Tentera Laut AS). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI