fbpx

[VIDEO] MALBATT 850-8 berlepas ke Lebanon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN anggota dan pegawai daripada kumpulan pertama pasukan MALBATT 850-8 melambai sebelum berlepas ke Lubnan menaiki pesawat Malaysia Airlines di Pengkalan TUDM Subang hari ini.

SUBANG – Suasana penghantaran anggota dan pegawai pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-8 (MALBATT 850-8) yang berlepas ke Lebanon pada hari ini tidak seperti biasa apabila ahli keluarga anggota tidak dibenarkan untuk mengiringi mereka bagi menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, perkara itu tidak melunturkan semangat 216 anggota dan pegawai daripada kumpulan pertama pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-8 (MALBATT 850-8) berlepas ke Lubnan bagi menjayakan misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara tersebut (UNIFIL).

Kolonel Azudin Hassan selaku Komander mengetuai pasukan MALBATT 850-8 kali ini.

Bercakap kepada pemberita, Azudin berkata ini merupakan kali pertama pasukan MALBATT dihantar selepas wabak Covid-19 melanda dunia.

“Kami telah berkumpul di Perkampungan MALBATT di Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga bulan untuk menjalani latihan-latihan penyesuaian dalam suasana norma baharu.

“Kita menganggap itu sebagai satu cabaran yang tidak boleh dielak, namun dengan prosedur operasi standard yang ada, kita amat fokus dengan situasi ini.

“Dengan profesionalisme dan disiplin, anggota dapat mengharungi cabaran ini,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia dan Penghantaran Kumpulan Pertama Malaysian Battalion 850-8 di Pengkalan TUDM Subang di sini hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Azudin memberitahu, pihaknya sentiasa berhubung dengan MALBATT 7 untuk mendapat perkembangan terkini di negara itu susulan perkembangan politik di negara itu yang bergolak ekoran letupan di ibu negara Lebanon.

Kumpulan kedua dan ketiga akan bertolak pada 15 Oktober dan 29 Oktober, manakala kumpulan terakhir akan bertolak pada 15 November melibatkan keseluruhan 850 pegawai dan anggota. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI