fbpx

Terkejut jumpa mayat reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis tidak menolak adanya penglibatan jenayah dalam penemuan mayat seorang wanita yang telah mereput di Bandar Sri Damansara hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pekerja tapak pembinaan dikejutkan dengan penemuan satu mayat reput yang telah berbau di kawasan semak dekat Jalan PJU 9/1, Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat misteri tersebut kira-kira pukul 1.15 petang daripada seorang lelaki tempatan.

“Lelaki berkenaan merupakan pekerja sebuah tapak pembinaan berhampiran dan sedang melakukan kajian pembentungan di lokasi sebelum terhidu bau yang busuk dan selepas disiasat, dia telah menemui mayat tersebut lalu segera membuat laporan polis.

“Pihak polis yang tiba ke lokasi kira-kira 15 minit kemudian mendapati, mayat berkenaan merupakan seorang wanita dan dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada seminggu namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi hari ini.

Menurut Nik Ezanee, pemeriksaan yang dilakukan di lokasi penemuan tidak menemui sebarang senjata atau barangan milik mangsa namun tidak menolak terdapatnya unsur jenayah terlibat.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintendan Hafizi di talian 013-3587571 bagi membantu siasatan,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI