fbpx

Surau Haji Nasron diarah henti solat fardu berjemaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Solat jemaah di Surau Haji Nasron, Jalan Cempaka, Meru dihentikan buat sementara waktu.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Semua aktiviti pengimarahan dan pelaksanaan solat fardhu berjemaah di Surau Haji Nasron, Jalan Cempaka, Meru di sini, diarah dihentikan sementara berkuat kuasa serta-merta.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pihaknya dimaklumkan berhubung seorang jemaah mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah disahkan positif Covid-19.

“Individu yang positif itu dikatakan baru pulang daripada mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Semporna, Sabah.

“Justeru, kita mengarahkan pihak Jawatankuasa Surau Haji Nasron untuk menangguhkan sementara semua aktiviti pengimarahan dan pelaksanaan solat lima waktu berjemaah dalam mengekang penularan pandemik itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan hanya tiga petugas jawatankuasa dibenarkan untuk memimpin solat fardhu di surau berkenaan.

Ujarnya Mohd. Shahzihan, jawatankuasa surau juta perlu memastikan individu itu menjalani ujian saringan Covid-19 dan melaporkan keputusan tersebut kepada JAIS.

“Proses sanitasi juga perlu dilakukan serta-merta di seluruh kawasan surau itu.

“Surau itu hanya akan beroperasi semula selepas diberikan kebenaran oleh JAIS kelak,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI