fbpx

Pembersihan berkala kawal keladi bunting di Taman Tasik Taiping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Lim (dua dari kiri) menunjukkan pokok keladi bunting yang tumbuh meliar menyebabkan kawasan kolam di Taman Tasik Taiping berbau busuk dan kotor.

Oleh ZAKI SALLEH

TAIPING – Persekitaran di Taman Tasik Taiping di sini sentiasa dijaga pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) termasuk melakukan pembersihan kolam dua kali setahun iaitu pada bulan April dan Oktober bagi mengawal pembiakan tumbuhan keladi bunting.

Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan terhenti akibat penularan pandemik Covid-19 tetapi akan bersambung pada bulan depan.

Yang Dipertua MPT, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan melakukan kaedah kawalan secara merumpai menggunakan racun rumpai (sistemik) yang tidak membahayakan dan tidak memberikan kesan kepada hidupan air serta pengunjung taman.

Menurut beliau, bagi penyelesaian jangka panjang, pihak MPT sedang menjalankan kerjasama dengan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) bagi menjalankan kajian kualiti air di Taman Tasik Taiping.

“Keladi bunting adalah tumbuhan akuatik yang tumbuh meliar di tasik Taman Tasik Taiping serta mampu membiak dua kali ganda dengan cepat dalam tempoh masa hanya 12 hari apabila pokok matang dan cuaca panas.

“Fungsi terpenting keladi bunting ini adalah mengurangkan pencemaran air kerana ia menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen semasa proses fotosintesis, namun perlu dikawal kadar pembiakan agar tidak membentuk hamparan dalam kawasan tasik,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu tumbuhan air meliar di Taman Tasik Taiping yang menyebabkan air tasik berbau busuk dan kotor.

Kawasan kolam seluas kira-kira dua ekar merupakan salah satu komponen di Taman Tasik Taiping melibatkan keluasan kawasan hampir 40.5 hektar.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI