fbpx

Cipta rekod dunia pecahkan 254 kacang walnut dengan kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rashid berjaya memecahkan 254 biji kacang walnut dalam satu program khas yang disiarkan di televisyen. - GUINNESS WORLD RECORD

ROM – Seorang lelaki Pakistan berjaya mencipta rekod dunia Guinness World Record selepas memecahkan sebanyak 254 biji kacang walnut dengan menggunakan kepalanya di sini baru-baru ini, lapor laman UPI.com.

Menurut Guinness World Record, lelaki itu, Muhammad Rashid berjaya mencatatkan rekod tersebut selepas mengatasi pesaingnya, S. Navin Kumar dari India.

“Muhammad Rashid berjaya memecahkan sebanyak 254 biji kacang walnut menggunakan kepala dalam masa satu minit mendahului pesaingnya yang memecahkan 239 biji sahaja.

“Rekod itu dicatatkan pada satu program khas yang telah dirakam dan disiarkan di televisyen La Notte dei Record TV,” menurut laporan. – Agensi

Rekod tersebut dicatatkan selepas Muhammad Rashid (kiri) berjaya mengatasi Kumar (kanan). – GUINNESS WORLD RECORD
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI