fbpx

Protokol ketibaan penerbangan dari Sabah berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kart makanan mudah alih disediakan pihak MAHB bagi memudahkan penumpang sementara menunggu saringan kesihatan di KLIA dan KLIA 2.

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI

KUALA LUMPUR- Malaysia Airports melaksanakan beberapa langkah bagi memastikan keselesaan penumpang sementara menunggu proses saringan keselamatan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk semua ketibaan dari Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, pihaknya menjangkakan kenaikan jumlah penerbangan tiba dari Sabah dan pihaknya sudah memaklumkan KKMmengenai ketibaan-ketibaan ini.

“Antara inisiatif penambahbaikan adalah menggunakan kart makanan mudah alih di kawasan menunggu ujian sehingga penumpang dapat membeli minuman ringan sambil menunggu.

“Tenaga kerja tambahan daripada pasukan keselamatan penerbangan dan pengalaman pelanggan kami juga telah dikerahkan untuk memberikan bantuan di lapangan dan membantu memastikan jarak fizikal,” menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, penumpang warga emas, orang kelainan upaya, wanita mengandung dan keluarga yang mempunyai anak kecil akan diberikan akses kepada lorong keutamaan bagi memudahkan proses ketibaan.

Kerusi tambahan juga disediakan di pintu ketibaan dan juga sepanjang laluan ke Kawasan ujian, bagi memudahkan penumpang yang menunggu untuk diuji.

“Sebanyak 10 penerbangan dijangka tiba di KLIA dan 19 dijangka di KLIA 2. Difahamkan, Kementerian sedang menambah jumlah kakitangan di terminal di kedua-dua KLIA dan KLIA 2,” jelasnya.

Tambah beliau, pengendali premis makanan dan minuman seperti Starbucks, Kopi Kita, Needs Convenience, dan WHSmith Convenience yang biasanya dibuka hingga jam 8 malam telah diminta beroperasi lebih lama untuk kemudahan penumpang.

“Pihak kami akan terus berhubung dengan Jawatankuasa Covid-19 yang merangkumi semua pemegang kepentingan dan kami berharap dapat menyediakan pengalaman yang selesa kepada penumpang kami,” ujar Shukrie. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI