fbpx

Perkhidmatan Locker4U di HRPZ II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selasawati (kanan) menunjukkan Locker4U yang disediakan bagi memudahkan pesakit mendapatkan ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu di sini hari ini. Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini menyediakan sebanyak 400 Locker4U untuk pandu lalu kepada pesakit kronik yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Pengarah HRPZ II, Datuk Dr. Selasawati Ghazali berkata, kemudahan itu mula diperkenalkan sejak enam tahun lalu bagi memberi kemudahan kepada pesakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung yang kronik.

Menurut beliau, pada peringkat awal, sebanyak 80 Locker4U disediakan pada 2014 sebelum menambah lagi 320 perkhidmatan itu.

Katanya, penyediaan pandu lalu itu banyak membantu dan memberi kemudahan kepada pesakit kronik bagi mengambil pelbagai ubat yang disediakan Jabatan Farmasi HRPZ II.

“Setiap Locker4U mempunyai empat kunci yang akan dipegang pesakit. Mereka datang untuk mengambil pelbagai ubat sehingga enam jenis pada bila-bila masa dalam tempoh seminggu sekali mengikut tarikh ditetapkan,

“Langkah ini banyak membantu pesakit tanpa menunggu lama, selain warisnya terdekat boleh membantu mengambil ubat yang disediakan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Perasmian Sambutan Hari Farmasi Dunia Peringkat HRPZ II 2020 di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI