fbpx

Rasmi: GRS menang PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasminya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila memenangi 38 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.

Di bawah GRS, UMNO memenangi 14 kerusi DUN, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (11), Parti Solidariti Tanah Airku (6) dan Parti Bersatu Sabah (7).

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi DUN, dengan Parti Warisan Sabah mendapat majoriti kerusi yang dimenangi gabungan parti tersebut iaitu 23 kerusi.

Manakala DAP memenangi enam kerusi DUN, Parti Keadilan Rakyat (2) serta Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (1).

Baki tiga kerusi DUN dimenangi oleh calon Bebas.

Untuk keputusan penuh 73 DUN, layari laman web  https://www.mediamulia.com.my/prnsabah/result_overview.php  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI