fbpx

Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di Jalan Riong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan mayat seorang lelaki di Jalan Riong hari ini.

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki tanpa identiti ditemui berhampiran sebuah kedai serbaneka di Jalan Riong, Bangsar di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedar diri pada pukul 9 pagi.

“Hasil pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur mengesahkan mangsa meninggal dunia.

“Siasatan lanjut pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya lagi, mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI