fbpx

Jenama PN lebih laku berbanding BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di laman Facebook Kamarul Zaman.

KUALA LUMPUR – Peratus kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam adalah sebanyak 58.6 peratus.

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, PN menang 17 daripada 29 kerusi ditandingi dalam pilihan raya tersebut.

“Peratus kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pula sebanyak 34.1 peratus iaitu menang 14 daripada 41 kerusi ditandingi.

“Apakah data-data ini menunjukkan bahawa jenama PN walaupun lebih baru adalah lebih laku berbanding jenama BN yang lebih lama?

“Jika benar jenama PN adalah lebih laku berbanding jenama BN, apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada fenomena ini?,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook beliau hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI