fbpx
CHE TA menggayakan dres ropol yang mengundang banyak komen sini daripada netizen.

Dres ropol Che Ta curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebut sahaja nama Rozita Che Wan atau Che Ta, pasti sudah terbayang aksinya yang menggayakan busana berjenama antarabangsa dan pereka tempatan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Che ta sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan memuat naik foto yang memaparkan dia memakai sehelai dres labuh yang menggunakan fabrik net ropol-ropol.

Terkesima sebentar Diva melihat fesyen baju Che Ta itu. Tak nampak buruk langsung Che Ta memakainya, memang cantik dan anggun.

Namun, seperti biasa mulut orang tidak dapat nak ditutup. Foto-foto yang dimuat naik Che ta mengundang komen-komen sinis yang mengatakan baju tersebut seperti fashion disaster.

Malah, ada juga yang menyamakan dres itu dengan mesin pencuci kereta automatik dan diinspirasikan daripada mesin tersebut.

Amboi mulut masing-masing, macam tak ada insurans langsung.

 

TANGKAP layar Instagram peminat yang tidak berpuas hati dengan dres yang digayakan Che Ta.

 

Selain itu, komen berbaur kutukan lain adalah ada yang mengatakan dres tersebut persis pokok krismas dan ulat beluncas.

Bagaimanapun, masih ada yang memuji kecantikan Che Ta dengan mengatakan, sarunglah baju apa pun, isteri kepada Zain Saidin itu tetap menawan.

Itu Diva setuju. Che Ta ini, berilah apa sahaja baju pun, pasti dia akan beraksi dan menggayakannya dengan cara sangat menawan hingga membuatkan busana tersebut nampak mahal.

Bukan senang hendak ‘menjadi’ Che Ta, setiap kali dia muat naik gambar mesti ada yang tidak puas hati dengan baju dipakainya. Sabar sajalah Che Ta. Lumrah jadi artis, bukan semua orang suka dengan apa yang kita pakai.

DIVA: Tak sabar hendak tonton drama Perempuan Tanpa Dosa lakonan Uqasha Sensore dan Kamal Adli. Mesti gempak drama arahan Michael Ang itu.

BERITA BERKAITAN