fbpx

Calon BN Pitas mohon maaf kepada pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon BN DUN Pitas, Sufian Abd. Karim.

Oleh IVAN AMIRUL

PITAS – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abd. Karim disahkan positif Covid-19.

Sufian melalui laman sosial Facebooknya memaklumkan perkara itu selepas menerima keputusan ujian hari ini.

“Saya calon BN bagi DUN Pitas baru saja mendapat keputusan ujian Covid-19 dan disahkan positif.

“Mohon maaf kepada semua pengundi, petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang sudah membantu sepanjang tempoh berkempen.

“Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini serta diberikan kesembuhan segera.

“Maaf atas segala kesulitan dan semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini,” katanya.

Sufian dalam kenyataan sama turut meminta semua pihak yang pernah bersamanya sepanjang tempoh berkempen agar mengambil langkah berjaga-jaga selain membuat ujian saringan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI