fbpx
ROZITA hadir pada proses rayuan akhir kes mendera Suyanti di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, Putrajaya semalam.

Datin dera amah akhirnya ke penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Seorang wanita bergelar Datin terpaksa meringkuk di tirai besi selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan mendera seorang amah empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md. Said membuat keputusan itu selepas menilai hujahan yang dikemukakan oleh pihak pem­belaan dan pendakwaan.

Mahkamah juga menolak rayuan tertuduh, Rozita Mohd. Ali, 46, terhadap hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2018.

Dalam penghakimannya, Kamaludin berkata, Mahkamah Rayuan berpendapat Mahkamah Tinggi Shah Alam mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen Peta­ling Jaya yang mengenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan jaminan RM20,000.

“Hukuman dikenakan Mah­kamah Tinggi adalah mengikut trend, malah terdapat hukuman lebih tinggi yang pernah dikenakan bagi kes yang lain.

“Justeru, dengan mengambil kira hukuman di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu penjara selama 20 tahun, keputusan akhir Mahkamah Tinggi (penjara lapan tahun) dikekalkan. Rayuan pendakwaan untuk menambah lagi hukuman ke atas tertuduh juga ditolak,” katanya.

 

SUYANTI

 

Selain Kamaludin, dua lagi panel yang bersidang ialah Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Hakim Datuk Nordin Hassan.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron, manakala pembelaan diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Difahamkan, Rozita dibawa ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu yang bermula semalam.

Mengikut pertuduhan pindaan, Rozita didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas warga Indonesia, Suyanti Sutrinso, 19, dengan menggunakan pisau, mop lantai, payung, batang besi, alat mainan kucing dan pe­nyangkut baju.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan PJU 7/30, Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari, 21 Jun 2016.

Pada 29 Mac 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan bon kelakuan baik ke atas Rozita selepas tertuduh mengaku bersalah mendera pembantu rumahnya dan menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila mempertimbangkan Su­yanti menarik semula laporan polis semasa perbicaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN