fbpx

Kopenas mahu jadi 10 koperasi terbaik negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumat (kanan) bersama sebahagian Ahli Jawatankuasa Kopenas.

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) berhasrat menjadi antara 10 koperasi terbaik di negara ini dalam tempoh tiga tahun.

Presidennya, Jumat Mat Lani berkata, bagi merealisasikan impian tersebut operasi perniagaan Kopenas akan dikembangkan secara dalam talian seperti platform Lazada dan Shoppee.

Katanya, langkah itu seiring apabila perniagaan berunsur e-dagang semakin meningkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) sejak enam bulan lalu.

“Kita sedar perlu ada perubahan kaedah perniagaan dalam memastikan kelestarian koperasi pada masa kini sesuai dengan zaman teknologi dan perniagaan berunsurkan di hujung jari.

“Buat permulaan, kita akan memfokuskan dan memajukan perniagaan emas dan barangan kesihatan dengan kaedah jualan sedemikian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, dia yakin idea dan konsep perniagaan atas talian itu mampu menjana keuntungan besar kepada Kopenas.

“Kita mempunyai ahli di seluruh negara yang akan sama- sama mendapat manfaat menerusi kaedah perniagaan baharu itu seterusnya merancakkan ekonomi tempatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI