fbpx
Model mini Volkswagen ini direka khas menerusi kerjasama tersebut.

VPCM jalin kerjasama dengan Wei Ling Gallery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan firma seni terkenal, Wei Ling Gallery hari ini mengumumkan kerjasama melibatkan seramai 13 orang artis Malaysia sempena pelancaran Arteon R-Line serba baharu.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, kehadiran Arteon R-Line serba baharu dan kerjasama itu memberi peluang kepada jenama Volkswagen untuk berhubung dengan para peminat seni.

Menurutnya, sebagai sebuah kumpulan, Volkswagen terus memberi sokongan ke atas seni dan budaya di seluruh dunia dan mereka telahpun menjalin kerjasama dengan bakat-bakat seni tempatan.

“Wei Ling sememangnya satu nama yang cukup terkenal dalam kalangan warga seni di sini dan di luar negara.

“Kami menyokong inisiatif ini bukan hanya untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang pengaruh seni di dalam hidup kita menerusi produk terkini Volkswagen tetapi turut menyumbang sesuatu yang bermakna sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kerjasama itu memberi peluang kepada para pengumpul dan peminat untuk memiliki model-model skala kecil Arteon yang telah diubah oleh para artis tersebut menjadi arca yang unik.

Hasil seni tersebut akan dijual menerusi lelongan dan hasilnya disumbangkan kepada Persatuan Kebajikan Kanser Payudara. – K! ONLINE

POPULAR