fbpx

Agrobank agih RM567 juta SRF, AF kepada PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agrobank melaksanakan Kempen DuitNow QR BIZ Tanpa Tunai bermula pada 1 Oktober 2023 hingga 31 Januari 2024. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agrobank menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) telah meluluskan Kemudahan Bantuan Khas (SRF) dan Agromakanan (AF) berjumlah RM567 juta kepada lebih 1,411 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Penanggung Tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, sehingga 31 Ogos lalu, sebanyak 1,005 permohonan SRF dengan jumlah RM409 juta dan 406 permohonan AF berjumlah RM158 juta telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada PKS menerusi Agrobank bagi membantu membangunkan semula perniagaan mereka.

“Agrobank sentiasa komited dalam membantu  PKS. Ia telah menjadi nadi dalam setiap usaha kami untuk meningkatkan prestasi sektor pertanian dan industri makanan mikro sekali gus membantu membangunkan usahawan .

“Suntikan dana ini diharap dapat membantu PKS dan memberi ruang kepada mereka  merancang semula pelan strategik perniagaan mereka terutamanya dalam mengharungi tempoh sukar ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

SRF dan AF adalah sebahagian daripada dana BNM berjumlah RM10 bilion dan RM1 bilion bagi membantu PKS mengurangkan aliran tunai jangka pendek perniagaan berikutan impak yang dihadapi semasa Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI