fbpx

Lelaki kejam hempas kucing ke lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular menunjukkan seorang lelaki menghempas seekor kucing yang berada di atas keretanya.

KUALA LUMPUR – Tidak berperikemanusian dan kejam.

Itulah perilaku seorang pemilik kereta jenis Honda City yang bertindak menghempaskan seekor kucing berada di atas keretanya ke lantai dalam satu kejadian di hadapan sebuah premis di Jalan Rejang, Setapak semalam.

Tindakan lelaki berusia 34 tahun itu mendapat kecaman netizen selepas satu klip rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian tersebut tular di media sosial.

Susulan daripada kejadian tersebut, Persatuan Haiwan Malaysia dalam paparan di Facebooknya mendedahkan kucing terbabit mengalami kecederaan dalaman akibat tindakan pelaku berkenaan.

“Pemilik sudah membawa kucing itu ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan dan satu laporan polis dijangka dibuat esok (hari ini),” tulisnya di paparan Facebook.

Sehingga kini, klip video berdurasi 55 saat itu sudah ditonton 8,500 pengguna media sosial serta dikongsi 253 individu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail ketika dihubungi Kosmo! memberitahu tiada laporan polis berhubung kejadian diterima setakat ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI