fbpx

Stor kecemasan HKL terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Suasana  di wad Ortopedik dan Traumatologi Hospital Kuala Lumpur di Jalan Pahang di sini gempar apabila sebuah stor penyimpanan fail di tingkat empat hopital berkenaan terbakar malam tadi.

Keadaan itu menyebabkan sebilangan pesakit terpaksa dipindahkan ke ruang tingkat bawah hospital tersebut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada pukul 11.07 malam.

Katanya, susulan itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita dapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail di tingkat empat bangunan tersebut.

“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus dankebakaran dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.35 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua pesakit kembali ke wad masing-masing selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian kira-kira pukul 1 pagi tadi. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI