fbpx

Saksi kes kematian lelaki di parkir kereta diminta tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Chong Ho Peng yang ditemukan tidak sedar diri di kawasan parkir kereta di Taman Ipoh Selatan dekat Ipoh semalam.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Orang ramai yang melihat kejadian seorang lelaki tertiarap dengan kesan kecederaan di kepala di kawasan parkir kereta di Taman Ipoh Selatan di sini semalam diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa, Chong Ho Peng, 54, ditemui dalam keadaan tidak sedar oleh orang awam pada pukul 1.30 petang.

Katanya, mangsa yang dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada pukul 5.55 petang hari sama.

“Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang berjalan menuju ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui lorong perumahan.

“Dipercayai sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti datang dari arah belakang dan terlanggar mangsa menyebabkan dia jatuh di atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan di lokasi kejadian mendapati tempat mangsa ditemui tertiarap dengan jarak keretanya berada sekitar 30 meter.

Katanya, pemeriksaan pada kenderaan mangsa mendapati cermin kereta di bahagian depan sebelah kiri penumpang pecah dengan laci terbuka dan berselerak.

“Beberapa penduduk berdekatan telah ditemubual dan mereka memaklumkan hanya melihat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan kesan darah di kepala.

“Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) rumah berdekatan telah diambil dan diteliti. Usaha sedang dijalankan bagi mengesan kenderaan yang terlibat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI