fbpx

Kecekapan LUAS elak henti tugas LPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan LUAS melakukan pensampelan terhadap air berwarna hitam yang dilepas loji kumbahan IWK.

SHAH ALAM – Tindakan pantas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan pencemaran air berwarna hitam di Sungai Gong berjaya mengelak henti tugas Loji Pembersihan Air (LPA) utama di bahagian hilir Sungai Selangor hari ini.

LUAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan air berwarna hitam tetapi tidak berbau itu disebabkan pelepasan efluen dari Loji Rawatan Kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di kawasan Perindustrian Rawang.

Katanya, laporan berhubung insiden diterima daripada Jabatan Alam Sekitar ( JAS) Gombak pukul 12.11 tengah hari tadi

“Siasatan yang dijalankan oleh pihak LUAS di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir  Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) mendapati air sungai tersebut berwarna hitam dan tiada bau selain disyaki ia disebabkan oleh pewarna.

“LUAS telah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air mendapati terdapat pelepasan efluen berwarna dan berbuih dari loji rawatan kumbahan IWK di kawasan Perindustrian Rawang,” katanya.

LUAS turut memberitahu, pensampelan terhadap air tersebut mendapati kandungan Ammonia adalah sebanyak 5.2 mg/I dan TSS adalah 47 mg/I.

Tambah LUAS, pihak IWK kemudiannya telah memberhentikan pelepasan efluen itu.

“Hasil siasatan pensampelan sehingga Sungai Sembah mendapati tiada bau, dan tiada warna kehitaman.

“Selain itu, LUAS menyeru kepada semua pihak agar prihatin terhadap kawasan-kawasan sensitif sumber air negeri terutamanya sungai,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat di emel [email protected] aplikasi WhatApps +6019 264 7904. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI