fbpx

Bilik pameran baharu Mitsubishi di Temerloh dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilik pameran di Jalan Mentakab, Temerloh ini mula beroperasi hari ini.

KUALA LUMPUR – Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama penjual sah jentera Mitsubishi, Auto Raya Timur mengumumkan pembukaan Pusat 3S Mitsubishi Motors baharu di Temerloh, Pahang hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, bilik pameran baharu itu menerapkan unsur pada jenama korporat Mitsubishi yang digambarkan menerusi tagline mereka, Drive Your Ambition.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Auto Raya Timur kerana berjaya melancarkan bilik pameran pertama di Temerloh.

“Memandangkan MMM kini dalam usaha untuk memperkenalkan Mitsubishi Xpander baharu di negara ini, bilik pameran di Temerloh tersebut menggambar kesungguhan kami terhadap pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pusat 3S tersebut mempunyai bilik menunggu yang dilengkapi perkhidmatan wifi dan ruang pameran bagi tiga biji kereta.

MMM kini mempunyai 52 bilik pameran dan 52 pusat servis di seluruh negara, yang mana 14 daripada bilik pameran terletak di Sabah dan Sarawak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI