fbpx

PGA patahkan cubaan seludup rokok, minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang berjaya dirampas Batalion 11 semalam.

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

KUCHING – Cubaan menyeludup rokok dan minuman keras bernilai RM992,350 digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 dalam operasi Op Libas semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 11, Superintendan Rosdi Inai berkata, anggotanya melaksanakan serbuan ke atas sebuah rumah di Jalan Lapangan Terbang sekitar jam 10.30 pagi selepas memperolehi risikan dan maklumat.

Pemeriksaan lanjut dijalankan menjumpai sebanyak 6,000 karton rokok dijumpai disembunyikan di dalam kediaman tersebut.

“Selain itu, pasukan tersebut juga menemui sebanyak 65 karton minuman keras jenis bir disembunyikan di dalam sebuah van yang terletak di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemilik premis berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah berhubung pemilikan barang tersebut yang disyaki belum lulus Kastam.

“Kesemua barang dirampaskan dan nilai rampasan dianggarkan bernilai RM992,350,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil maklumat yang diperolehi, barangan tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran melalui jalan darat dan akan dipasarkan di sekitar Kuching.

Tambah Rosdi, pasukan serbuan juga telah menahan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 55 tahun yang dipercayai pemilik premis.

Beliau berkata kes diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967 yang boleh membawa hukuman denda minimum 10 kali nilai barang dan maksimum 20 kali nilai barang atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI