fbpx

Kaki budak lelaki tersepit dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaki kanan mangsa tersangkut di dalam mangkuk tandas di Tasek Gelugor, Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Seorang budak lelaki berusia enam tahun terpaksa menanggung kesakitan kira-kira setengah jam selepas kaki kanannya tersangkut pada mangkuk tandas di sebuah rumah di Tasek Gelugor di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.07 petang berhubung kejadian itu.

“Bomba yang sampai di lokasi kejadian mendapati kaki kanan mangsa telah tersangkut di dalam lubang tandas hingga paras paha.

“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 4.25 petang selepas usaha dilakukan menggunakan peralatan khas menyelamat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan mangsa tidak mengalami kecederaan serius. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI