fbpx

Isi syabu dalam boya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanifah Yusof (tengah) menunjukkan bungkusan teh cina mengandungi dadah yang ditemui pihaknya di dalam pelampung di Perairan Tanjung Piai, hari ini. - Foto BAZLAN IBRAHIM

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Taktik sindiket penyeludupan dadah mengisi dadah ke dalam pelampung sebelum diikat di boya di perairan Tanjung Piai, Pontian berjaya dibongkar Maritim Malaysia (APMM) Johor hari ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) APMM Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, pemeriksaan mendapati dadah seberat 4.1 kilogram (kg) di dalam pelampung berkenaan.

Katanya, modus operandi berkenaan dipercayai merupakan kali pertama digunakan sindiket penyeludupan dadah.

“Ketika rondaan dilakukan di posisi kira-kira 1.9 batu nautika Barat Daya Tanjung Piai, Pontian pada pukul 3.10 pagi, hari ini, Maritim Malaysia menemukan dua pelampung yang telah dipotong dan disambung semula menggunakan pita pelekat sebelum diikat pada boya.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi 4.1 kg dengan purata 1.03 kg setiap bungkusan yang mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine bernilai RM225,000,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini hari ini.

Tambah Sanifah, pihaknya percaya ada individu yang menaiki bot kecil meletakkan pelampung ini di boya berkenaan sebelum sebuah bot yang lebih besar akan digunakan untuk menghantar pelampung ini ke sempadan.

“Kawasan penemuan pelampung yang diikat pada boya adalah laluan sibuk kapal dagangan. Kita tidak menolak kemungkinan pihak di sebelah sana (penyeludup Indonesia) akan cuba masuk untuk mengambil dadah berkenaan.

“Kami mengesyaki modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah pertama kali digunakan. Sebelum ini terdapat sindiket yang mengikat bungkusan dadah di kayu pancang di pesisir perairan Parit Jawa, Muar awal tahun lalu,” ujarnya.

Sanifah turut memberitahu, tiada tangkapan dibuat membabitkan kes berkenaan setakat ini manakala siasatan dibuat dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sanifah turut memberitahu pihaknya komited dalam memastikan perairan negara bebas jenayah. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Johor di talian 07-219 9404. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI