fbpx

Lelaki ditahan tunjuk ‘anu’ kepada jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan bagi siasatan tunjuk kemaluan kepada jiran.

PETALING JAYA – Padah menunjukkan kemaluan kepada jiran seorang lelaki ditahan polis dalam serbuan di Taman Dato Hormat di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, tangkapan pukul 8.30 malam itu dibuat susulan laporan seorang wanita berusia 47 tahun mendakwa suspek berkelakuan sedemikian.

“Suspek berusia 33 tahun menunjukkan kemaluannya ketika melalui rumah pengadu tersebut.

“Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut merupakan jiran pengadu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek direman bagi membantu siasatan.

Kes di mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana telah melakukan perbuatan kelucahan melampau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI