fbpx

MBits Digital sasar 100,000 pelanggan baharu Life akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – MBits Digital Sdn. Bhd. (MBits Digital), penyedia telekomunikasi bersepadu, optimis produk baharu pelbagai platform yang dikenali sebagai Life mampu memenuhi gaya hidup pelanggan masa kini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saraleana Nattaya Azmi berkata, Life menyediakan pakej pada harga sangat berpatutan untuk membolehkan pe­langgan mengakses perkhidmatan hiburan tanpa henti.

Selain bertindak sebagai e-dompet, pelanggan boleh menikmati kemudahan untuk membeli-belah, penstriman, permainan dan berhibur. “Kami telah membangunkan produk ini lebih daripada empat tahun melalui kajian dan pembangunan teliti yang disumbangkan oleh modal insan tempatan bagi membolehkan ia memiliki semua fungsi dalam satu platform,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi temubual bersama media selepas majlis pengenalan produk baharu itu di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Teknologi MBits Digital yang juga Ketua Produk Life, Tamilhselvan Kuppan.

Saraleana Nattaya menjelaskan, produk tersebut memiliki keunikannya tersendiri berbanding produk pesaing di pasaran kerana menawarkan kad sim pada harga serendah ­RM38 sebulan.

Pelan itu memiliki data dan kandungan enam gigabit (GB).


“Buat masa ini, Life telah memiliki lebih 5,000 pelanggan sejak mula diper­kenalkan pada Jun lalu.

“Kami menjangkakan jumlah pelanggan akan bertambah kepada 100,000 orang menjelang akhir tahun ini,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat melihat sasaran pelanggan Life adalah mereka yang berusia 12 tahun ke atas dan pihaknya bakal meningkatkan aktiviti promosi khususnya bagi pelanggan di luar daerah untuk memantapkan saingan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI