fbpx

Kerbau Syukur sah dijangkiti hawar berdarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 11 kerbau Khamis yang mati disebabkan wabak hawar berdarah ditanam dengan menggunakan jentolak di Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kematian 36 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukur Khamis, 15, yang dikenali sebagai Mowgli Malaysia disahkan dijangkiti penyakit Heamoragic Septicaemia atau hawar berdarah.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr. Mohd. Termizi Ghazali berkata, penyakit hawar berdarah telah menyerang haiwan ternakan seperti kerbau dan lembu di sekitar daerah ini dan Marang sejak Ogos lalu.

“Penyakit hawar berdarah dikesan mula menyerang haiwan ternakan di Kampung Tumang Jerong, Marang sejak 9 Ogos lalu.

“Setakat ini, 22 kerbau dan 15 lembu telah disahkan mati akibat penyakit itu sehingga 28 Ogos lalu sebelum dapat dikawal sementara pada hujung bulan lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Termizi berkata, penyakit hawar berdarah itu dikesan kembali menular semula membunuh kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukur, Khamis Jusoh, 64, baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah melakukan suntikan vaksin terhadap 675 lembu dan 58 kerbau milik 106 penternak di 12 kampung di kedua-dua daerah terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI