fbpx

JPJ kaji selaras undang-undang berbasikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaharuddin Khalid (kanan) beramah mesra bersama anggota penguatkuasa JPJ pada Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasaan Lebuhraya(UPLR) di Plaza Tol (lama) Jelapang, Ipoh. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji untuk menyelaras semula undang-undang berkaitan aktiviti berbasikal di jalan raya bersama agensi penguatkuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, terdapat keperluan bagi menyelaras peraturan tersebut ekoran peningkatan aktiviti berbasikal di jalan raya termasuk basikal lajak.

Katanya, buat masa ini, tindakan ke atas penunggang basikal bukan di bawah bidang kuasa JPJ sebaliknya jabatan tersebut hanya memberi pendidikan menerusi program advokasi yang dijalankan.

“Dalam konteks undang-undang, basikal bukan tergolong dalam kenderaan yang patut berada di atas jalan raya dan boleh dikenakan dicukai. Oleh itu, ia bukan jenis kenderaan yang boleh dikuatkuasakan oleh JPJ.

“Bagaimanapun, bagi memastikan lebuh raya atau jalan raya digunakan secara berhemah, maka kita akan beri pendidikan dan advokasi kepada mereka. Itu kuasa yang kita ada, kita tidak boleh saman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuh Raya) di Plaza Tol (Lama) Jelapang di sini hari ini.

Shaharuddin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan berani segelintir peminat aktiviti berbasikal yang menggunakan jalan termasuk lebuh raya yang sibuk sebagai laluan mereka beriadah.

Mengulas lanjut Shaharuddin memberitahu, aspek pengurusan kenderaan basikal adalah di bawah tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan menyediakan laluan-laluan basikal yang bersesuaian di kawasan seliaan masing-masing.

“Basikal bukan jenis kenderaan yang dikuatkuasakan oleh JPJ tetapi untuk pengurusan, PBT bertanggungjawab melihat di mana lorong-lorong basikal yang patut ada,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI