fbpx

PKPD zon Melur dilanjut hingga 27 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di zon Melur di Aman Jaya, Kedah yang tamat hari ini dilanjutkan sehingga 27 September depan berikutan 12 kes positif Covid-19 pada saringan kali kedua.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan bermula esok membabitkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk.

“Semua penduduk yang terbabit diminta untuk memberi kerjasama dan patuh kepada arahan Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, PKPD Secara Pentadbiran di dua lain iaitu zon Kenanga dan Mawar di Aman Jaya ditamatkan berkuatkuasa tengah malam ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil selepas saringan kali kedua yang dilaksanakan pada 9 September lalu tidak merekodkan kes positif Covid-19.

“Tiada lagi kes positif Covid-19 direkodkan di zon Kenanga, manakala hanya satu kes positif Covid-19 direkodkan di zon Mawar dan mangsa telah dimasukkan ke pusat kuarantin yang ditetapkan,” katanya.

Sebelum ini, tiga zon berkenaan terbabit dengan PKPD Secara Pentadbiran bermula dari 28 Ogos 2020 sehingga hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI