fbpx

Jual teman wanita RM84

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua remaja tesebut dikatakan sudah tinggal bersama sejak tiga bulan lalu. - GAMBAR HIASAN/UNGKAP.ID

JAKARTA – Seorang remaja lelaki tergamak ‘menjual’ teman wanitanya dengan harga sekitar 300,000 rupiah (RM84) di bandar Pematang Siantar, Sumatera Utara baru-baru ini, lapor laman Suara.com.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Pematang Siantar, Asisten Komisioner Edi Sukamto berkata, suspek didakwa melakukan perkara tersebut kerana terdesak untuk membayar sewa rumah.

“Suspek didakwa sudah sembilan kali menawarkan mangsa yang berumur 15 tahun untuk ‘diniagakan’ melalui aplikasi sosial dengan harga sekitar 300,000 rupiah (RM84).

“Motif remaja lelaki yang berusia 17 tahun itu dipercayai berbuat demikian kerana ingin menampung kos perbelanjaan harian serta membayar sewa rumah,” katanya.

Menurut Edi, kedua-dua remaja berkenaan yang berkenalan melalui laman sosial Facebook didapati sudah tinggal bersama sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, suspek membuat keputusan berbuat demikian apabila dia tidak mampu membayar duit sewa.

Selain itu, Edi memberitahu, pihak polis turut memburu seorang lagi individu yang didakwa terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia.

“Namun, kita mengalami kesukaran untuk menjejaki individu tersebut kerana suspek mendakwa telefon bimbit yang digunakan bagi menjalankan aktiviti berkenaan hilang,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI