fbpx

Jenazah polis pengiring menteri selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrul Azwan

Oleh FARAHWAHIDA AHMAD

SEGAMAT – Jenazah Lans Koperal Shahrul Azwan Abdul Sain, 28, selamat dikebumikan pada pukul 2.30 petang di Tanah Wakaf Perkuburan Islam, Kampung Paya Jakas, Jementah di sini.

Allahyarham yang merupakan pengiring peribadi menteri meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Besi menghala Kuala Lumpur dekat sini awal pagi hari ini.

Menurut sumber keluarga terdekat, Shahrul Azwan yang merupakan pengawal pengiring kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas.

“Shahrul Azwan merupakan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan semasa menunggang motosikalnya sebelum melanggar penghadang besi.

“Dia mengalami kecederaan parah pada bahagian leher dan kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),”katanya.

Sumber itu berkata, mangsa kemudiannya dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di sini untuk pengebumian.

Sementara itu, Datuk Seri Rina Mohd. Harun, meluahkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham Shahrul Azwan Abdul Sain.

Katanya, Allahyarham merupakan seorang pengawal pengiring yang sangat komited dan berdedikasi ketika melakukan tugasan.

Menerusi pengkongsiannya di laman Facebook, Rina menganggap Shahrul Azwan seperti adik yang sentiasa mempertahankan serta memastikan keselamatan dirinya ibarat seorang kakak. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI