fbpx

Gasly tawan GP Itali di Litar Monza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GASLY menjulang kejuaraan pada GP Itali selepas Hamilton dikenakan penalti 10 saat. – AFP

MONZA, Itali – Pelumba muda Perancis, Pierre Gasly melakukan kejutan selepas menjulang kemenangan di perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Itali di Litar Monza malam kelmarin.

Ia juga merupakan kemenangan pertama pelumba dari Pe­rancis dalam tempoh 24 tahun selepas kali terakhir kemenangan diraih menerusi Olivier Panis pada tahun 1996.

Pada perlumbaan tersebut, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton dilihat berpeluang untuk merakam kemenangan buat kali keenam musim ini, namun dia dikenakan penalti 10 saat ke­rana memasuki hentian pit ketika ia ditutup.

Akibat insiden tersebut, Ha­milton sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh sekaligus memberi peluang kepada Gasly meraih kemenangan sulung pada aksi F1 dan juga buat pasukannya Alpha Tauri.

“Secara jujurnya ia merupakan kemenangan yang saya tak jangka dan sukar untuk saya gambarkan apa yang berlaku sekarang. Saya lalui cabaran yang sukar bagi tempoh 18 bulan lalu dan kini segala­nya berakhir dengan positif.

“Hari demi hari cara saya berlumba menjadi semakin baik dan pasukan ini memberi saya podium buat kali pertama di Brazil. Hari ini, mereka beri saya kemenangan di Monza, Itali,” kata Gasly.

Dalam perlumbaan tersebut, pelumba McLaren, Carlos Sainz Jr. menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala pelumba Racing Point, Lance Stroll di tempat ketiga.

Pasukan Ferrari terus berdepan situasi malang selepas kedua-dua pelumba mereka Sebastian Vettel dan Charles Leclerc gagal menamatkan saingan selepas berdepan masalah brek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI