fbpx

Tiada premis dapat hak eksklusif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Tiada hak eksklusif yang dilesenkan kepada mana-mana Premis Yang Ditetapkan Buangan Terjadual (PYDT BT) bagi mengendalikan buangan terjadual di negara ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebaliknya melesenkan Kemudahan Pemerolehan Kembali, Pengolahan dan Pelupusan Terjadual di seluruh negara membabitkan 406 kemudahan PYDT BT dan 343 pengangkut setakat ini.

Ketua Pengarahnya, Norlin Jaafar berkata, perlesenan itu bagi memastikan pengurusan buangan terjadual adalah berkesan dan memenuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.

Menurutnya, semua industri serta punca yang menghasilkan buangan terjadual hendaklah menguruskan buangan itu dengan sempurna, dari segi notifikasi, maklumat ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan terjadual.

“Semua ini perlu direkodkan melalui sistem dalam talian iaitu eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System), selaras kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

“JAS tidak terbabit dalam sebarang penetapan kos dan sebarang kos dikenakan ke atas pengeluar buangan, (ia) adalah ditetapkan PYDT BT yang dilesenkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mesej tular di media sosial mendakwa pencemaran sungai berpunca daripada dasar kerajaan yang memberikan kontrak eksklusif kepada beberapa syarikat pengumpulan buangan terjadual.

Mesej itu turut mendakwa syarikat berkenaan mengambil kesempatan dengan menetapkan kos sangat tinggi antara RM9,000 hingga RM15,000 per 1,000 liter buangan terjadual.

Mesej sama mendakwa, kilang-kilang terbabit juga perlu menanggung caj tambahan bagi sewaan lori yang mencecah RM3,000 bagi perjalanan sejauh 20 kilometer dari lokasi syarikat tersebut sekali gus menyebabkan pengilang memilih untuk membuangnya di longkang atau sungai berhampiran. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI