fbpx

Kaut untung guna lesen pihak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESEN perkhidmatan pengawal keselamatan di Lembah Klang difrancaiskan kepada pihak ketiga didalangi gengster. – GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) mengesahkan wujud penglibatan kongsi gelap di sebalik perkhidmatan syarikat pe­ngawal keselamatan di kawasan perumahan.

Bagaimanapun, Presiden PKIM, Datuk Seri Ramli Yusuff mendedahkan kumpulan gengster tersebut bergiat dalam perniagaan itu susulan segelintir syarikat sah mengaut keuntungan atas angin dengan memfrancaiskan lesen mereka kepada pihak ketiga.

Katanya, kumpulan kongsi gelap bergerak secara licik dengan menawar harga rendah kepada pelanggan yang kurang kesedaran terhadap peruntukan undang-undang lazimnya kawasan perumahan.

“Penglibatan kongsi gelap dalam sektor perkhidmatan pe­ngawal keselamatan memang ada, cuma secara haram itu ha­nya di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang tetapi menggunakan lesen orang lain bagi menawarkan pengawal keselamatan tanpa izin memang banyak.

“Walaupun menyedari francais lesen kepada pihak ketiga berdepan dengan tindakan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Agensi Persendirian 1971 yang membawa kepada penggantungan atau pembatalan lesen, namun masih ada syarikat berbuat demikian,” katanya ketika dihu­bungi Kosmo! .

Menurutnya, bayaran gaji le­bih rendah turut menjadi faktor pengawal keselamatan warga a­sing bukan Nepal menjadi pilihan majikan.

Jelas Ramli, gaji seorang pe­ngawal keselamatan warga tempatan dan Nepal mencecah antara RM1,800 hingga RM2,600 sebulan termasuk jumlah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Namun, upah itu berbeza bagi warga asing seperti Pakis­tan, Bangladesh, Indonesia dan India yang dibayar jauh lebih murah kerana mereka terdesak untuk mendapatkan kerja.

“Saya harap kerajaan bertindak segera berhubung isu ini ke­rana memberi kesan yang besar kepada syarikat keselamatan sehingga ada yang gulung tikar kerana pengawal keselamatan tanpa izin menjadi pilihan utama pelanggan,” tambahnya.

Sehingga kini, terdapat 900 syarikat keselamatan yang memiliki lesen sah dalam negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI