fbpx

Nama Kerteh FC kini ‘tembus’ Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Kerteh FC kembali menjalani latihan pasukan di Padang Awam Kerteh baru-baru ini. - FB KERTEH FC

KUALA LUMPUR – Juara berganda Liga Amatur Terengganu 2019, Kerteh FC secara rasminya mengumumkan pemeteraian kerjasama antara pasukan itu dengan sebuah kelab berpangkalan di Barcelona, Sepanyol iaitu UE Sant Andreu.

Presiden Kerteh FC, Mohd. Razeman Mat Nashim gembira dengan jalinan kerjasama itu kerana ia secara tidak langsung dapat memasarkan jenama mereka meluas sehingga ke peringkat antarabangsa seperti di Barcelona, Sepanyol.

“UE Sant Andreu menyokong matlamat kami untuk menjadi tempat mengembangkan bakat-bakat baharu bola sepak dan mereka yang mempunyai cita-cita beraksi dalam suasana cabaran baharu.

“Terima kepada kepada Penasihat Teknikal Kerteh FC, Oscar Riera yang telah memainkan peranan penting bagi merealisasikan usaha kerjasama ini.

“Perkara ini mustahil akan menjadi kenyataan tanpa pengalaman, pengetahuan serta hubungan luas beliau (Riera),” katanya dalam satu kenyataan rasmi Kerteh FC hari ini.

JUARA Liga Amatur Terengganu 2019, Kerteh FC kini berada di bawah Program Perkongsian Kelab Antarabangsa (ICPP) dengan kelab dari Barcelona, UE Sant Andreu. – FB KERTEH FC

Kerjasama itu melibatkan beberapa perkara penting termasuk perkembangan pelatih Akademi Kerteh FC dan memberi pelbagai peluang serta manfaat selain merangkumi perkembangan struktur organisasi kelab yang lebih berdaya saing.

Ia menyaksikan Kerteh FC diletakkan di bawah Program Perkongsian Kelab Antarabangsa (ICPP) UE Sant Andreu yang ditubuhkan pada 1909 dan kini bersaing dalam Divisyen Tercera iaitu Kumpulan 5 liga bola sepak Sepanyol.

The Oilers kini berada pada landasan tepat untuk mencapai perancangan jangka panjang mereka sebagai sebuah kelab bola sepak profesional yang mampu melahirkan lebih ramai bakat tempatan di masa hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI