fbpx

Bawa kepala rakan ke balai polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KATHMANDU – Seorang remaja lelaki membawa satu beg berisi kepala manusia yang dipenggal ke sebuah balai polis di daerah Dhading, wilayah Bagmati Pradesh di Nepal untuk menyerah diri baru-baru ini, lapor portal Mirror UK.

Ketua Polis Daerah Dhading, Superintendan Rabindra Regmi berkata, suspek iaitu Raju Pariyar dari Khalchet, Nilkantha membawa kepala milik mangsa lelaki berumur 65 tahun yang dibunuhnya ke balai itu kira-kira pukul 1 pagi, Khamis lalu.

Regmi memberitahu stesen berita tempatan Khabarhub bahawa remaja itu menyerah diri dengan satu kepala berlumuran darah dan sebilah pisau yang digunakan untuk memenggal kepala mangsa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Som Bahadur Gurung iaitu rakan sekampung dengan suspek, menurut Pariyar.

Polis mengambil senjata pembunuhan dan beg berisi kepala mangsa dan hasil siasatan awal mendapati Pariyar membunuh Gurung kerana satu perselisihan faham.

“Pihak polis sedang melakukan bedah siasat ke atas mangsa dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI