fbpx

Kali kedua pencemaran dari kilang sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI premis jentera berat yang ditutup kerana menyebabkan pencemaran bau di Sungai Gong baru-baru ini.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Kilang jentera berat di Rawang yang disyaki punca pencemaran bau sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air telah diarahkan tutup serta-merta bermula semalam.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, kilang tersebut yang melakukan penyelenggaran jentera berat tidak mempunyai sistem pembuangan sisa yang efisyen.

Katanya, minyak hitam daripada jentera itu akan mengalir ke longkang sebelum terus ke Sungai Gong yang berhampiran premis itu.

“Ini menyebabkan masalah pencemaran bau berlaku di muka sauk di Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang dan LRA Fasa 1 (SSP1), Fasa 2 (SSP2), Fasa 3 (SSP3) yang terpaksa dihenti tugas.

“Ini kejadian kedua daripada kilang ini dengan sebelum pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan kompaun RM60,000 telah dikenakan kepada pemilik premis,” katanya di sini hari ini.

Pencemaran bau tersebut telah menyebabkan gangguan bekalan air kepada 1,292 kawasan di tujuh kawasan di Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar mengakui tindakan yang dikenakan sebelum ini gagal memberikan pengajaran kepada pemilik kilang itu.

“Kita telah mengarahkan mereka menjalankan tindakan pengawalan serta-merta seperti memasang sistem rawatan air buangan agar perkara ini tidak berulang.

“Mereka juga tidak boleh melakukan pembasuhan jentera berat yang menyebabkan minyak hitam bercampur dengan air dan mengalir ke sungai,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Perundangan dan Penguatkuasaan Lembaga Urus Air Selangor, Haizam Irwani Toha menjelaskan pihaknya telah mengambil sampel air tercemar untuk diuji di Jabatan Kimia.

“Sekiranya didapati sampel itu mendatangkan bahaya kepada manusia dan haiwan, maka tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI